◉ HEADLINES

PDRM telah dimaklumkan penahanan seorang lelaki di Norway

10:05 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dimaklumkan oleh pasukan keselamatan Norway berhubung penahanan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia di Oslo, Norway kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengintipan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata PDRM akan meneliti setiap maklumat diterima dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu pasukan keselamatan negara itu menjalankan siasatan.

“Saya telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) tengah hari semalam berkenaan latar belakang kes itu, tapi kami masih lagi menunggu maklumat lengkap

Maksudnya pasukan keselamatan Norway telah memaklumkan pasukan keselamatan kita status individu berkenaan, latar belakang dan segala bukti-bukti yang mereka pilih untuk berkongsi dengan kita,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia 2023, di sini hari ini.

Beliau berkata PDRM akan menggunakan kaedah yang bersesuaian dalam membantu siasatan kes itu bagi menjaga hubungan antara Malaysia dan Norway.

“Kami telah terima pemakluman, PDRM sedang jalankan penelitian, tentu kita akan gunakan seluruh kaedah sesuai dengan hubungan kedua negara ini. Ia sensitif dari sudut amalan pengintipan, polis masih lagi meneliti,” katanya.

Rabu lepas, Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm mengesahkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan di Norway.

Agensi media antarabangsa melaporkan seorang pelajar Malaysia berusia 25 tahun di Norway ditahan pihak berkuasa tempatan kerana didakwa mengintip termasuk mencuri dengar secara haram menerusi pelbagai peranti teknikal.

Menurut laporan itu, agensi perisikan polis Norway dikenali sebagai PST mendakwa lelaki berkenaan cuba mengintip pejabat perdana menteri, Kementerian Pertahanan dan pejabat kerajaan lain di Oslo. 

PST memberitahu Norwegian Broadcasting (NRK) bahawa lelaki itu yang ditahan Jumaat lepas sudah didakwa di mahkamah berikutan tindakannya melakukan operasi pengintipan dan risikan terhadap negara berkenaan. – 14 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related