◉ HEADLINES

Hujung sayap kanan pesawat bahagian pertama hentam tanah: Laporan awal nahas Elmina

Pecutan dalam tempoh singkat menjadi punca kepada kecederaan maut penumpang dalam pesawat

1:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan awal nahas kemalangan udara di Elmina pada 17 Ogos lalu, mendapati hujung sayap kanan pesawat jenis Beechcraft Premier 1 menjadi komponen pertama menghentam permukaan tanah di lokasi kejadian.

Menerusi laporan dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini, berdasarkan analisis visual dan lapangan, ia kemudian diikuti dengan muncung pesawat menghempas permukaan tanah pada tenaga tinggi.

“Pecutan dalam tempoh singkat (0.1 hingga 0.5 saat) yang biasanya diperhatikan dalam perlanggaran tenaga tinggi, menjadi punca kepada kecederaan maut penumpang dalam pesawat.

“Impak tekanan pada tahap ini, corak perlanggaran dan magnitud adalah di luar had toleransi manusia yang menunjukkan bahawa ini bukan kemalangan yang membolehkan ada terselamat,” katanya.

Pada masa sama, laporan itu menyatakan, pelanggaran pada permukaan tanah dalam tenaga tinggi dan bahan api mudah terbakar dalam tangki, menyalakan api, sekali gus menyebabkan kebakaran.

“Kebakaran itu menyelubungi keseluruhan fiuslaj, penumpang pesawat malah pemandu dan penunggang motosikal di lapangan. Begitu juga beberapa anggota bahagian badan (mangsa) teruk terbakar menyebabkan tiada yang terselamat dalam nahas itu,” katanya.

Dalam insiden pada jam 2.50 petang itu, 10 individu disahkan maut selepas pesawat jenis Beechcraft Premier 1, terhempas berhampiran kawasan perumahan Bandar Elmina, Shah Alam.

Lapan daripada individu terbabit adalah penumpang, selain dua kru pesawat, seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Tragedi itu turut mengorbankan Exco Kerajaan Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun. – 15 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Ozil warns Malaysia: Invest in youth or fall behind in global football race

Former Real Madrid and Arsenal star says Malaysia must commit to long-term grassroots and academy development, stressing that sustainable success in world football demands patience, structure, and unwavering belief in youth systems

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

◉ Related