◉ HEADLINES

Pengedaran al-Quran gagasan penting penghayatan Islam, martabatkan negara

Usaha menangani Islamophobia di luar negara perlu dibuat dengan mendidik dan memberi kefahaman tentang Islam serta al-Quran

3:34 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha pengedaran al-Quran yang dilakukan Malaysia ketika ini adalah gagasan penting kepada penghayatan Islam selain memartabatkan umat dan negara.

Berucap pada majlis Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran di sini hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia memberikan respons terhadap insiden membakar naskah al-Quran di Sweden dengan mengedarkan kitab suci umat Islam ke negara tersebut.

Beliau turut menegaskan usaha menangani Islamophobia di luar negara perlu dibuat dengan mendidik dan memberi kefahaman tentang Islam serta al-Quran. 

“Ini caranya (pengedaran al-Quran) dan saya yakin harus ada peningkatan kefahaman dalam kalangan umat Islam dan bukan Islam.

“Apa yang berlaku  adalah percaturan dan pertembungan bukan berdasar ilmu tetapi kejahilan iaitu clash of ignorance,” katanya. 

Pada 27 Januari lepas, Anwar mengumumkan Malaysia akan mencetak sebanyak sejuta naskah al-Quran sebagai simbolik penuh hikmah dan matang bagi menjawab serangan terhadap Islam seperti kejadian pembakaran kitab suci al-Quran di Sweden. 

Sementara itu, Anwar berkata penerbitan, percetakan al-Quran dan terjemahan yang dilakukan ketika ini memberi mesej bermakna mengenai keupayaan memaknai kitab suci itu supaya diberi petunjuk. 

Beliau turut menekankan bahawa gagasan Madani diperkenalkannya juga adalah elemen penting dalam penghayatan Islam di negara ini 

“Ini saya cuba ungkap dalam Madani, walaupun ia rangkul soal negara, tata kelola, kemampanan ekonomi termasuk ihsan dan amanah tetapi soal nilai akhlak jadi teras tertentu untuk agama khususnya al-Quran,” katanya. 

Madani itu diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Hari ini, beliau melancarkan tiga kontena al-Quran yang akan membekalkan 30,000 naskhah al-Quran dan terjemahan Bahasa Inggeris, diiringi dengan terjemahan Bahasa Cina ke tiga negara iaitu Australia, Kanada dan United Kingdom. – 15 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related