◉ HEADLINES

Anwar pengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri buat pertama kali di Sarawak

Mesyuarat Jemaah Menteri itu diadakan selepas beliau mendengar taklimat mengenai Pembangunan Sarawak oleh Tan Sri Abang Johari Tun Openg

9:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim buat pertama kalinya telah mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Sarawak sebagai ruang serta platform diskusi isu-isu negara yang terkait dengan kementerian masing-masing.

Menurut Perdana Menteri, mesyuarat Jemaah Menteri itu diadakan selepas beliau mendengar taklimat mengenai Pembangunan Sarawak yang disampaikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam taklimat terbabit, beliau telah dimaklumkan mengenai KDKN Sarawak yang telah tumbuh 20 kali ganda pada 2022.

“Premier Sarawak juga membentangkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 yang mensasarkan Sarawak sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi dan memberi tumpuan kepada kelestarian alam sekitar dan keterangkuman sosial,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Anwar juga memaklumkan beliau berada di Kuching sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, beliau turut berkongsi pandangan bahawa anjakan besar yang dilaksanakan ini wajar dijadikan contoh buat negeri-negeri yang lain.

“Justeru, saya yakin bahawa melalui kerjasama rapat, kebersamaan dan komitmen semua, khususnya daripada Kerajaan Persekutuan, akan berupaya menjayakan usaha ini,’’ katanya. – 16 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related