◉ HEADLINES

Jangan sewenangnya keluarkan ucapan yang boleh cetus perbalahan: Na’im

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan seluruh agensi untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan umat Islam melalui pelbagai inisiatif

5:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan dan kegelisahan dalam masyarakat apatah lagi menyentuh urusan agama Islam dan fatwa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebarang perkara khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlu diserah serta dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta ilmuan yang diperakukan kepakaran dalam disiplin masing-masing.

“Justeru hentikan perbalahan serta persengketaan yang boleh memusnahkan perpaduan dan keamanan negara sebaliknya perlu bersatu hati untuk membangunkan negara agar lebih maju, makmur, berdaya saing dan aman sentosa,’’ demikian tegas beliau dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Na’im turut meminta semua pemimpin akur dan menghayati sepenuh hati akan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak memperalat agama bagi meraih sokongan yang akhirnya rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang-orang politik.

Sultan Selangor, katanya, yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah bertitah bahawa perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab oleh pemimpin politik perlu dihentikan demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.

Tambah Na’im, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan seluruh agensi untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan umat Islam melalui pelbagai usaha dan inisiatif termasuk memperkukuh peranan institusi masjid dan surau sebagai pusat penyatuan ummah.

Jabatan terbabit juga, ujar Na’im, telah melaksanakan program-program dialog antara tamadun dan budaya untuk memupuk kebersamaan serta saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Islam adalah agama rahmah dan sentiasa menyebarkan semangat kasih sayang dan keharmonian dalam kemajmukan masyarakat,’’ katanya.

Sultan Sharafuddin baru-baru ini telah menitahkan rakyat khususnya pemimpin politik agar segera menghentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.

Ini kerana, baginda tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah disebabkan oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab namun ini tidak bermaksud Sultan Sharafuddin menyebelahi mana-mana pihak atau parti. – 17 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

PDRM FC clear wage arrears, eye strong finish to Super League campaign

After months of financial uncertainty, PDRM FC have settled six months of unpaid salaries, lifting morale within the squad as they look to regroup and end their Super League season on a positive note

◉ Related