◉ HEADLINES

Dakwa difitnah melampau, Ebit Lew buat laporan polis

Laporan polis itu dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira jam 12 tengah malam tadi

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Lew tampil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya difitnah secara melampau, baru-baru ini.

Difahamkan laporan polis itu dibuat di sebuah balai polis dekat Subang Jaya.

Ebit menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan, laporan polis itu dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (jam) 12 tengah malam tadi, terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya.

“Saya serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Saya juga menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menerusi hantaran tersebut, Ebit bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci dakwaan fitnah melampau yang dilemparkan terhadapnya.

Namun laporan polis itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara penyanyi rap Caprice bersama seorang wanita dari negara jiran  yang pernah mendapat pertolongannya.

Wanita dikenali sebagai Mondy Tattoo mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia ketika kali pertama tiba di Malaysia tahun ini.

Mondy sebelum ini tular apabila Tiktoker dari Indonesia itu dibantu oleh penceramah terkenal tersebut.

Justeru, Caprice berkata, tuduhan yang beliau mereka cerita dan membayar Mondy bagi menjatuhkan pendakwah terbabit sebagai fitnah semata-mata.

Sebaliknya kata Caprice, beliau hanya menggunakan platformnya untuk membantu mangsa di luar sana untuk bersuara.

“Kita tiada masa nak jatuhkan sesiapa, hanya nak guna platform kita sekarang untuk membantu mangsa dekat luar sana untuk bersuara dan share (kongsi). InsyaAllah satu hari nanti, keadilan di pihak mangsa,’’ katanya.

Sementara itu, Ebit ketika ini berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. – 18 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

The Cabinet group photo maybe signalling General Election is around the corner – Kuik Cheng Kang

Cabinet’s “family portrait” may be brushed off as routine, but in Malaysia’s fluid political landscape, every ritual carries weight. With Johor’s shock dissolution and PAS’ restless manoeuvres, Anwar stands at the starting line—waiting for the signal that could trigger an early general election

◉ Related