◉ HEADLINES

Polis sahkan pendakwah terkenal buat laporan difitnah

8:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah menerima satu laporan daripada seorang pendakwah terkenal berhubung dakwaan fitnah terhadapnya dalam satu program ‘podcast’ khas bertajuk ‘The Mondy Tattoo Inteview’. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata pengadu yang berusia 38 tahun itu membuat laporan polis pada 2.17 pagi tadi, di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

Mohd Fairus berkata pendakwah berkenaan mendakwa dirinya difitnah oleh seorang wanita bernama Mondy dalam video yang dimuat naik di media sosial beberapa hari lepas. 

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati video tersebut mendapat 225,177 jumlah tontonan, 2,600 tanda suka dan 2,800 komen. Video memaparkan wawancara yang dikatakan telah memfitnah individu terkenal itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan sebarang video yang tular di media sosial.

Mohd Fairus memberi jaminan polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang dakwaan seorang ibu tunggal yang berasal dari Indonesia, tentang perlakuan seorang penceramah bebas terhadap dirinya, dalam program podcast khas kendalian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan.

Program itu yang dimuat naik dalam beberapa laman sosial seperti TikTok dan YouTube telah menimbulkan pelbagai reaksi dan kecaman terhadap penceramah berkenaan yang sedang berhadapan dengan perbicaraan berkaitan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. – 18 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related