◉ HEADLINES

Isu beras, perluasan punca kuasa penguat kuasa KPDN dibawa ke NACCOL esok: Armizan

6:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membawa isu berkaitan beras dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), esok.

Pemangku Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata perkara berhubung perluasan punca kuasa pegawai penguat kuasa KPDN juga akan dibawa dalam mesyuarat itu bagi mempergiat usaha kawal selia bekalan beras.

“Antara isu yang akan dibentangkan untuk pertimbangan, adalah hasrat KPDN untuk teliti kesesuaian dan keperluan bersama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) supaya kita diberi punca kuasa di bawah Subseksyen 6(1) Akta 522 (Akta Kawalan Padi dan Beras).

“Kita dimaklumkan Bahagian Kawal Selia Padi bilangan penguat kuasa mereka hanya 190 dan di KPDN jumlah penguat kuasa kita adalah 2,200. Sekiranya KPKM merasakan sesuai untuk dipertimbangkan, kita dapat memperkasakan aspek penguatkuasaan di seluruh peringkat dalam negara,” katanya pada sidang media di Selayang di sini hari ini.

Beliau berkata buat masa ini, penguat kuasa KPDN hanya boleh menggunakan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999, namun tidak boleh campur tangan dalam aspek penentuan harga serta bekalan beras.

Armizan berkata limitasi penguat kuasa KPDN untuk mengambil tindakan serta-merta terhadap pihak berkaitan, dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menutup kesalahan semasa proses penyaluran maklumat dibuat kepada KPKM. 

“Kita berharap dapat dipertimbangkan supaya penguat kuasa KPDN diberikan perluasan punca kuasa di bawah Akta 522 supaya kita dapat membolehkan (penguat kuasa) bukan sekadar melihat, memantau dan salur maklumat tetapi juga boleh mengambil tindakan penguatkuasaan,” katanya. 

Selain itu, beliau memaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga akan mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL di peringkat jawatankuasa pemantuan pada Khamis.

Terdahulu, Armizan meninjau bekalan dan harga barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula dan telur di dua pasar raya di sekitar Selayang, hari ini.

Beliau mengakui bekalan beras kini jauh berkurangan dan memaklumkan pemilik kedua-dua pasar raya terbabit mengalami gangguan bekalan beras tempatan sejak bulan lepas.

“Bekalan itu ada tetapi jumlah diterima jauh berkurangan dan ini bukan hanya bermula setelah diumumkan kenaikan harga, tetapi sejak Ogos lalu dan menjadi lebih serius pada September ini.  Maka, atas sebab itu KPDN akan bekerjasama rapat dengan KPKM bagi melaksanakan penguatkuasaan menyeluruh,” katanya.

Mengenai bekalan telur yang dilaporkan berkurangan, Armizan berkata secara keseluruhan bekalan telur bagi Gred B dan C adalah stabil dan hanya telur gred A mengalami kekurangan bekalan. 

Berhubung dakwaan minyak peket hanya dijual kepada warga asing, beliau berkata siasatan KPDN mendapati insiden berkenaan tidak berlaku. – 19 September, 2023

TAG: KPDN, NACCOL, penguat kuasa, Akta 522, beras 

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related