◉ HEADLINES

Polis rampas dadah bernilai RM12.8 juta, 14 individu ditahan

7:29 PM MYT

 

SHAH ALAM – Polis menumpaskan dua sindiket memproses dadah dan lima kumpulan dipercayai mengedar dadah, hasil tujuh serbuan berasingan yang dijalankan pada 8 hingga 17 Sept lepas di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata hasil serbuan itu, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM12.8 juta melibatkan heroin base seberat 40,661 gram; heroin (725 gram); meth oil (365.62 gram); syabu (25,444 gram); ganja (18,335 gram); kokain (4,270 gram) dan ketamin (45,400 gram).

Katanya, sebanyak 14 individu yang ditahan berumur 21 hingga 42 tahun dengan dua daripadanya merupakan lelaki warga Sri Lanka serta seorang wanita warga Thailand.

Beliau berkata serbuan di dua makmal memproses dadah di kediaman dua tingkat di Setia Alam pada 4.30 petang, 8 Sept dan di sebuah kilang di sekitar Puchong kira-kira 7 malam hari yang sama berjaya menahan tiga lelaki tempatan dan dua lelaki warga Sri Lanka.

“Turut dirampas ialah peralatan serta bahan-bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah dengan nilai rampasan dadah keseluruhan berjumlah RM4.9 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.    

Sasikala berkata untuk lima lagi tangkapan melibatkan empat kumpulan serta seorang individu telah dilaksanakan di sekitar Balakong, Puchong Indah, Petaling Jaya, Shah Alam dan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masing-masing pada 8 Sept, 13 Sept, 14 Sept, 16 Sept dan 17 Sept.

Beliau berkata saringan awal polis terhadap kesemua suspek mendapati tiga daripadanya positif dadah THC manakala seorang lagi positif syabu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan kesemua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.   

Katanya, tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 turut dilaksanakan dengan pihaknya menyita kesemua aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM526,912. – 19 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related