◉ HEADLINES

PM Anwar bertemu 15 syarikat terkemuka di Amerika, kongsi kerangka Ekonomi MADANI

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata AS ialah rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar sejak 2015

8:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark di Harvard Club, New York, AS pada Khamis.

“Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk berkongsi Kerangka Ekonomi MADANI yang disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) yang akan menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara.

“Saya juga hargai maklum balas positif dan input-input membina yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat ini,” katanya menerusi catatan di laman sosial media Facebook.

Anwar yang kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 berkata AS ialah rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar sejak 2015.

Dari segi pelaburan dalam sektor pembuatan, Malaysia menerima pelaburan langsung asing (FDI) dari AS bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 dengan nilai berjumlah RM1.84 bilion (US$395 juta) dan pelaburan ini telah menyumbang sebanyak 1,558 peluang pekerjaan.

“Semoga Malaysia mampu menarik lebih banyak pelaburan baharu daripada syarikat-syarikat gergasi Amerika,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peranan majlis dan dewan perniagaan seperti Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) dan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (USCC) sebagai medium antara kerajaan dan komuniti perniagaan merupakan pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan inisiatif kerajaan yang akhirnya bermanfaat untuk rakyat. – 22 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related