◉ HEADLINES

Sultan Johor sedia laksana tugas negara

Sultan Ibrahim bertitah bahawa keutamaan baginda adalah menjaga kebajikan rakyat

11:03 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu.

“Ia bukan satu kenaikan pangkat. Ia adalah tanggungjawab yang saya sedia untuk laksanakan bagi pihak Raja-Raja Melayu,” titah baginda semasa wawancara eksklusif bersama Bernama yang diketuai Pengerusinya Datuk Seri Wong Chun Wai di kediaman peribadi baginda, di sini, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa keutamaan baginda adalah menjaga kebajikan rakyat.

“Rakyat akan sentiasa didahulukan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim enggan mengulas lanjut dan bertitah adalah lebih baik menunggu mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai.

Raja-Raja Melayu dijangka memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 27 Oktober ini di bawah sistem pemilihan yang unik, namun berkemungkinan mengekalkan sistem penggiliran bagi memilih Yang di-Pertuan Agong baharu dalam kalangan sembilan Raja.

Pemerintahan lima tahun Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, dijadualkan berakhir pada penghujung Januari depan.

Sultan Ibrahim telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010. – 22 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related