◉ HEADLINES

Bekalan beras cukup, rakyat diminta tidak buat pembelian panik: LPP

Beras putih tempatan itu dibekalkan ke 40 premis di bawah LPP iaitu 23 Peladang Outlet (PO), lapan Agro Bazar Pertubuhan Peladang dan sembilan Kedai Peladang

2:06 PM MYT

 

KOTA BHARU – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memberi jaminan bahawa bekalan beras putih tempatan di negara ini mencukupi dalam menangani permintaan bahan makan ruji itu.

Ketua Pengarah LPP Datuk Azulita Salim berkata walaupun berdepan dengan cabaran seperti cuaca yang tidak menentu sehingga menyebabkan bekalan beras agak terhad, tetapi ia tidak perlu dibimbangi rakyat kerana bekalan beras telah diedarkan mengikut lokasi yang terlibat.

“Pembelian memang kita hadkan untuk seorang pengguna hanya dua beg sahaja yang dibenarkan untuk dibeli, iaitu pek 20kg dengan harga kawalan RM26 untuk 10 kilogram (kg) setiap pek.

“Sebaik sahaja mendapat arahan daripada kementerian, kita terus hubungi pengilang untuk kita berikan lokasi yang ditetapkan sebagai usaha membantu rakyat menangani isu kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jualan Agro Madani Peringkat Jajahan Kota Bharu di Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azulita berkata beras putih tempatan itu dibekalkan ke 40 premis di bawah LPP iaitu 23 Peladang Outlet (PO), lapan Agro Bazar Pertubuhan Peladang dan sembilan Kedai Peladang.

Sebelum ini, media melaporkan sejumlah 700 tan metrik beras putih tempatan mula diedar ke seluruh Semenanjung semalam menerusi program khas pengedaran dan penjualan beras putih tempatan terus kepada pengguna akhir melalui premis di bawah LPP dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di empat zon iaitu utara, tengah, selatan dan timur.

Jumlah pengedaran di bawah LPP untuk tempoh sehingga hujung tahun ini ialah 300 tan metrik, manakala FAMA (peroleh) 400 tan metrik. – 23 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related