◉ HEADLINES

Pemegang kad media dapat diskaun khas apabila berbelanja di Mydin

Inisiatif berkenaan dilakukan bagi menghargai pihak media yang sentiasa komited dengan tugas dalam memberikan laporan terkini dan sahih untuk rakyat

3:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasar raya Mydin menerusi laman X memaklumkan, setiap pemegang Kad Perakuan Media dikeluarkan Jabatan Penerangan, akan menerima diskaun khas jika berbelanja di premis tersebut bermula hari ini.

Menerusi makluman itu, Mydin berkata, inisiatif berkenaan dilakukan bagi menghargai pihak media yang sentiasa komited dengan tugas dalam memberikan laporan terkini dan sahih untuk rakyat.

“Secara rasmi, diskaun khas untuk pemegang Kad Perakuan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

“Ini bagi menghargai media yang bertugas, memberi maklumat terkini dan tepat kepada rakyat,” katanya.

Kesemua pemilik kategori kad media seperti penyelaras media, media dalam talian, media antarabangsa, media tempatan dan media rasmi layak menerima diskaun khas tersebut yang diletakkan menerusi program Rakan Eksklusif Mydin.

Pada 17 Ogos lalu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, diskaun istimewa itu diberikan sebagai komitmen dan penghargaan pihaknya kepada media yang banyak menyalurkan maklumat serta komunikasi tepat kepada masyarkat.

“Seramai 12,000 pemegang kad perakuan media akan menerima diskaun istimewa ini,” katanya. – 24 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related