◉ HEADLINES

KKD bincang dengan telco, pastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa bencana banjir

Peranan KKD semasa banjir adalah untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan supaya usaha menyelamat dan bantuan segera kepada mangsa banjir berjalan lancar

7:38 PM MYT

 

BUTTERWORTH – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi (telco) supaya bersedia untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan semasa musim tengkujuh yang boleh mengakibatkan bencana alam seperti banjir.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, berkata peranan KKD semasa banjir adalah untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan supaya usaha menyelamat dan bantuan segera kepada mangsa banjir berjalan lancar.

“Kementerian sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir dan memohon pengguna membuat aduan sekiranya terdapat gangguan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan terjejas banjir,” katanya kepada Bernama selepas majlis perjumpaan dengan sayap pemuda DAP Pulau Pinang, di sini hari ini.

Teo, yang juga Ketua Wanita DAP Kebangsaan, berkata beliau akan teruskan jelajah berjumpa dengan semua ahli pemuda DAP di setiap negeri untuk mendengar pandangan dan isu berkaitan mereka.

Pulau Pinang merupakan persinggahan keempat dalam siri jelajah beliau selepas Lembah Klang, Melaka dan Sarawak.

“Ini merupakan peluang terbaik untuk mereka mengutarakan sebarang isu atau pandangan supaya jawatankuasa kebangsaan parti boleh ambil maklum,” katanya. – 24 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

◉ Related