◉ HEADLINES

Siew Hong fail notis tidak teruskan permohonan cabar keputusan benar MAIPs jadi pencelah

Perkara ini disahkan peguam utama beliau A.Srimurugan dan peguam MAIPs iaitu Daniel Farhan Zainul Rijal ketika dihubungi Bernama hari ini

9:14 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Ibu tunggal Loh Siew Hong telah memfailkan notis untuk tidak meneruskan permohonan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mencelah dalam prosiding pembubaran perkahwinannya.

Perkara ini disahkan oleh peguam utama beliau A.Srimurugan dan peguam MAIPs iaitu Daniel Farhan Zainul Rijal ketika dihubungi Bernama hari ini.

Srimurugan berkata kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menarik balik permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu tanpa kos.

“Kami membuat keputusan untuk menarik balik permohonan itu kerana Mahkamah Rayuan telah menetapkan 19 Okt depan untuk mendengar rayuan Siew Hong berkaitan kesahihan penukaran agama anak-anaknya. Jika rayuan kami dibenarkan, prosiding yang lain sudah tidak diperlukan,” katanya.

Seorang lagi peguam Siew Hong iaitu J. Gunamalar pula berkata notis itu difailkan hari ini.

Sementara itu, Danial Farhan berkata beliau menerima notis tersebut pagi tadi.

Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan Siew Hong untuk kebenaran merayu esok.

Siew Hong memfailkan permohonan itu Mac lepas bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Feb yang membenarkan MAIPs menjadi responden kedua dalam petisyen perceraian dengan bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran Muniandy, membabitkan hak penjagaan tiga anak mereka yang diperoleh beliau.

Dalam petisyen perceraian itu, Siew Hong telah diberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal ke atas sepasang kembar perempuan berumur 15 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Pada 15 Jun 2022, Mahkamah Tinggi menolak permohonan MAIPs untuk mencelah prosiding perceraian di antara Siew Hong dan Muhammad Nagahswaran, yang memeluk Islam bersama ketiga-tiga anak mereka, bagi meminda perintah hak penjagaan tunggal yang diperoleh Siew Hong untuk membolehkan lelaki itu memberikan pendidikan dan latihan mengenai Islam serta zakat kepada kanak-kanak terbabit.

MAIPs memfailkan permohonan untuk menjadi pencelah pada 7 Mac tahun lepas bagi membolehkan pihak berkuasa agama itu mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk memohon mengubah syarat perintah hak penjagaan yang diberikan kepada Siew Hong.

Siew Hong turut memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar penukaran agama ketiga-tiga anaknya kepada Islam yang didakwa dilakukan oleh bekas suaminya tanpa persetujuan beliau.

Bagaimanapun, beliau gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi dan telah membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan. – 25 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related