◉ HEADLINES

Al-Quran tidak boleh ditafsir sewenang-senangnya, perlukan ilmu: Hadi

Pentafsiran Al-Quran mestilah menepati bahasa Arab yang betul dan fasih serta melalui ilmu bahasa Arab dalam segala cabangnya termasuk Nahu, Saraf, Balaghah dan Adab ‘Arabi (sastera Arab).

12:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Al-Quran tidak boleh diterjemah dan ditafsirkan sewenang-wenangnya tanpa ilmu, kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut Hadi, ini kerana pentafsiran Al-Quran mestilah menepati bahasa Arab yang betul dan fasih serta melalui ilmu bahasa Arab dalam segala cabangnya termasuk Nahu, Saraf, Balaghah dan Adab ‘Arabi (sastera Arab).

“Al-Quran ialah mukjizat ilmu, sama ada ilmu agama ataupun semua ilmu dunia seperti ilmu akal, ilmu pengalaman dan termasuk ilmu kajian yang berterusan sepanjang zaman,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Ketika ini, Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee Chuan How telah disiasat selepas didakwa membuat tafsiran sendiri terhadap ayat Al-Quran. Beliau dijangka memberikan keterangan kepada polis kira-kira pukul 3 petang ini.

Ia susulan laporan polis oleh Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak yang telah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil terhadap Howard yang dianggap menghina Islam kerana membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran sekali gus menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum. 

Tegas Hadi, ulama tidak pernah habis untuk menggali daripada Al-Quran yang menjadi petunjuk sepanjang zaman, sehingga merasa lemah kerana keluasan ilmunya laksana lautan yang tidak bertepi.

Tambah beliau, Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang tidak mampu dicipta sepertinya oleh manusia dan makhluk yang lain, baik dari segi susunan kata-kata bahasa dan juga ilmunya.

“Al-Quran ialah mukjizat (perkara luar biasa) besar yang berkekalan dan menjadi tanda kenabian yang diberikan kepada setiap orang nabi yang dilantik menjadi rasul.

“Al-Quran merangkumi kesempurnaannya kepada seluruh manusia pada sepanjang zaman serta di setiap tempat dalam semua situasi dan realiti, kerana datangnya daripada ilmu Allah Pencipta alam. Maka, mereka yang jahil dan kafir tanpa ilmu alatnya tidak mampu memahami dengan betul,” katanya. – 26 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related