◉ HEADLINES

Kutipan tol secara pembayaran terbuka di 11 lebuh raya bermula hari ini

Alexander Nanta Linggi berkata perbincangan berterusan sentiasa diadakan dalam usaha memperluaskan pelaksanaan sistem SPT itu di kebanyakan lebuh raya yang lain

3:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sistem kutipan tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) yang membolehkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit atau kad kredit dilaksanakan secara rasmi di 11 lebuh raya, bermula hari ini. 

Pelaksanaan SPT itu membabitkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Ia turut melibatkan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pelaksanaan SPT itu menjadi alternatif baharu bagi kaedah pembayaran tol sedia ada seperti kad Touch ‘n Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID. 

“Objektif kita adalah untuk mudahkan pengguna membuat pilihan sebab sebelum ini hanya ada satu dua sistem sahaja dan mungkin adakalanya kad yang kita ada baki tidak mencukupi.

“Jadi sekarang pengguna ada pilihan lain untuk menggunakan SPT, ini juga adalah langkah awal dalam melaksanakan aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) kelak,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelaksanaan Sistem Kutipan Tol SPT secara rasmi di Plaza Tol Loke Yew Lebuhraya Sungai Besi hari ini.

Beliau berkata 12 lebuh raya telah bersetuju melaksanakan sistem SPT setakat ini, namun pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) dijangka hanya akan bermula hujung tahun ini bagi membolehkan penelitian dan perincian lanjut dibuat oleh syarikat konsesi. 

Dalam pada itu, Nanta berkata perbincangan berterusan sentiasa diadakan dalam usaha memperluaskan pelaksanaan sistem SPT itu di kebanyakan lebuh raya yang lain.

Pelaksanaan sistem SPT merupakan inisiatif Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi lebuh raya sejajar dengan kempen MYjalan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya. – 29 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related