◉ HEADLINES

Pencapaian PAS di era Hadi adalah yang terbaik dalam sejarah parti: Tuan Ibrahim

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga yakin semua ahli parti mahu agar Tan Sri Abdul Hadi Awang terus memimpin PAS

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua ahli PAS yakin dan percaya kepada kemampuan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk terus kekal memimpin parti Islam itu, kata Timbalan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Tuan Ibrahim, keyakinan itu berdasarkan kepada pencapaian pentadbiran Hadi terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang disifatkan terbaik dalam sejarah parti.

“Saya yakin semua ahli parti mahu agar Haji Hadi terus memimpin PAS dan pencapaian di era beliau adalah terbaik dalam sejarah parti. Semua asas kejayaan hari ini juga hasil dari perjuangan pimpinan lampau yang berjaya meletakkan batu asas yang kukuh,” katanya kepada Scoop hari ini.

Menurut Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pencapaian pentadbiran Tan Sri Abdul Hadi terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) disifatkan terbaik dalam sejarah parti – Gambar Facebook, 29 September, 2023

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini, bahawa lima jawatan tertinggi parti iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden tidak akan dipertandingkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-69 yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Beliau berkata, ini kerana hanya ada masing-masing satu pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden, manakala satu daripada empat calon naib presiden telah menarik diri.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, pemilihan tahun ini hanya membabitkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, dengan 18 ahli jawatankuasa serta jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pemilihan tahun ini hanya membabitkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, dengan 18 ahli jawatankuasa serta jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap – Gambar Bernama, 29 September, 2023

Sebelum ini Tuan Ibrahim memaklumkan PAS sentiasa terbuka malah sesiapa pun boleh dicalonkan menduduki jawatan tertinggi parti termasuk presiden dan timbalan dalam pemilihan muktamar nanti.

Pemilihan parti tidak menjadi keutamaan atau perebutan, kerana semua memahami ianya adalah suatu amanah bukannya Ghanimah (harta rampasan).

Hadi mula memangku jawatan Presiden PAS pada 2003 selepas kematian presiden ketika itu, Datuk Fadzil Mohd Nor sebelum beliau disahkan sebagai presiden pada muktamar 2005.

Pada PRU-15 lalu, PAS yang bergabung dalam Perikatan Nasional (PN), memenangi 43 kerusi Parlimen manakala dalam PRN lalu, parti itu mengekalkan status quo di tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu. – 29 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related