◉ HEADLINES

Status warganegara Malaysia hak eksklusif kerajaan, tidak diberi sewenangnya: Saifuddin

Bagaimanapun, Kerajaan Perpaduan melalui KDN sentiasa komited mempertimbangkan setiap permohonan kewarganegaraan secara adil dan saksama

2:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Status kewarganegaraan Malaysia yang diberikan kepada individu bertaraf bukan warganegara adalah anugerah tertinggi dan hak eksklusif kerajaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, status itu tidak ditawarkan dan diberikan dengan sewenang-wenangnya.

“Kerajaan juga sudah melaksanakan Pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berhubung Perkara Kewarganegaraan.

“Hasil cadangan pindaan akan dibawa ke Majlis Raja-Raja pada bulan ini,” katanya ketika berucap pada Program Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak di sini, hari ini.

Pada program itu, seramai 19 individu diluluskan permohonan bagi mendapat status warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kerajaan Perpaduan melalui KDN sentiasa komited mempertimbangkan setiap permohonan kewarganegaraan secara adil dan saksama.

Selain itu, beliau memaklumkan, KDN sudah membuat keputusan berhubung soal kelulusan kewarganegaraan yang mencecah 9,539 orang setakat September lalu.

“Jumlah itu membuktikan secara jelas bahawa KDN hampir mencapai sasarannya, iaitu 10,000 menjelang tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, kerajaan bersetuju melanjutkan tarikh akhir permohonan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) dari 30 September kepada 31 Oktober ini.

Menurutnya, pemberian bantuan itu akan memanfaatkan 2,000 persatuan penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), dengan jumlah pemberian sebanyak RM10,000 bagi setiap pertubuhan layak.

Saifuddin berkata, KDN sudah memperuntukkan keseluruhan RM20 juta bagi program GPPK.

“Sehingga September, sebanyak 1,635 permohonan dipertimbangkan dan pada hari ini, penyerahan GPPK diserahkan kepada tujuh pertubuhan.

“Pemberian GPPK ini bertujuan memperkasa peranan pertubuhan bagi meningkatkan penglibatan dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan untuk keselamatan komuniti, selain sebagai persediaan menghadapi bencana,” katanya. – 1 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related