◉ HEADLINES

Nilai, Cheras terus catat IPU tidak sihat

Hanya Kimanis di Sabah yang merekodkan bacaan IPU sihat iaitu 49

8:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu Nilai, Negeri Sembilan; Cheras, Kuala Lumpur; Seremban, Negeri Sembilan dan Banting, Selangor setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU Nilai mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 155, diikuti Cheras, 153, Seremban (144) dan Banting (111).

Sebanyak 63 kawasan lain mencatat bacaan IPU sederhana (bawah 100) didahului Petaling Jaya, Selangor (99); Port Dickson, Negeri Sembilan (98); Shah Alam, Selangor (97) dan Batu Pahat, Johor (94).

Hanya Kimanis di Sabah yang merekodkan bacaan IPU sihat iaitu 49.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh melayari laman web http://apims.doe.gov.my untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU semasa.

Setakat jam 8 pagi ini, kadar IPU Nilai mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 155, diikuti Cheras, 153, Seremban (144) dan Banting (111) – Tangkapan layar, 3 Oktober, 2023

Terdahulu, media melaporkan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 lagi di Sumatera, Indonesia, yang dijangka mengakibatkan jerebu di beberapa negara selatan Asean.

Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, dipetik berkata, trajektori asap jerebu dari Kalimantan akan memberi kesan terhadap beberapa negeri di timur Malaysia, dan ia dijangka berlangsung selama beberapa hari bermula Ahad lalu.

Katanya, berdasarkan kepada imej satelit NOAA-20 pada 30 September lalu yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC), tiada bilangan titik panas bagi kategori High Confidence Level direkodkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Namun di Kalimantan menunjukkan 353 titik panas manakala di Sumatera terdapat 113 titik panas dikesan,” katanya. – 3 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

TM Bukit Jalil to host star-studded AllStar Legends clash featuring Gerrard and football greats

Former Premier League and international stars led by Steven Gerrard will reunite at Bukit Jalil National Stadium on October 3 for the AllStar Legends exhibition match, as organisers promise fans a world-class football spectacle packed with nostalgia, entertainment and global star power

◉ Related