◉ HEADLINES

Agensi agama, tokoh Islam perlu beri input dalam RMK, belanjawan

Pihak terlibat perlu memberi input secara keseluruhan dalam dasar itu dan tidak hanya fokus kepada bidang agama Islam semata-mata

12:07 AM MYT

 

KOTA KINABALU – Agensi hal ehwal Islam serta tokoh Islam perlu memberi input dalam dasar negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan belanjawan tahunan negara agar konsep Malaysia MADANI dapat diterapkan untuk pembangunan negara dan rakyat yang lebih mampan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak terlibat perlu memberi input secara keseluruhan dalam dasar itu dan tidak hanya fokus kepada bidang agama Islam semata-mata tetapi juga dalam bidang lain yang memerlukan.

“Saya telah sampaikan kepada pegawai Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) untuk memberikan kerjasama kerana berbeza pendekatan lalu, kita tidak gunakan badan-badan Islam ini hanya untuk program agama secara terpisah.

Ketika saya mengupas kajian separuh penggal RMK-12, draf itu saya kirim kepada Ketua Pengarah Jakim dan mohon supaya ulas, bukan ulasan tentang program agama (tetapi) ulasan tentang RMK-12,” katanya berucap merasmikan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam Sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri berkata ulasan itu penting agar beliau dapat membentangkan RMK-12 yang mengandungi suntikan dan pandangan daripada pakar-pakar Islam agar semangat MADANI dapat diterapkan.

Beliau berkata Malaysia MADANI juga merupakan antara “perencah” penting dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Okt ini.

IJPAM 2023 yang berlangsung bermula 30 Sept hingga esok menyaksikan penyertaan 1,837 peserta daripada pelbagai agensi hal ehwal Islam peringkat Persekutuan dan negeri dari seluruh negara. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related