◉ HEADLINES

Hanya PM yang dapat bantu, penduduk Kg Sg Baru merayu lanjut tarikh pengusiran

Mereka meminta Perdana Menteri melanjutkan tarikh akhir untuk pengosongan, yang kini ditetapkan pada 19 Oktober

8:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa (JK) Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kg Sg Baru mengulangi gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan lebih masa sebelum mereka diminta mengosongkan kediaman bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula bernilai billion ringgit.

Di dalam surat yang ditunjukkan kepada Scoop, jawatankuasa bertindak telah menerima notis pengusiran hari ini yang memaklumkan penduduk harus mengosongkan rumah mereka selewat-lewatnya 19 Oktober ini.

Menurut notis tersebut, jika mereka gagal untuk mengosongkan rumah di dalam tempoh yang ditetapkan, penduduk boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atas kesalahan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran.

“Rumah kami telah disita dan notis (pengusiran) merah ditampal di depan pintu rumah kami, seakan-akan kami ini penduduk setinggan yang menceroboh tanah kerajaan.

“Hakikatnya, kami adalah pemilik yang sah ke atas tanah kami. Kami ada geran tanah dan kami juga membayar cukai tanah dan cukai pintu,” kata JK Bertindak di dalam surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri.

Dalam surat rayuan tersebut, penduduk memohon lanjutan tempoh pengosongan sehingga 31 Disember ini kerana mereka memerlukan masa untuk mengemas dan memunggahkan barang-barang.

“Ramai di antara penduduk di sini telah menduduki rumah ini lebih dari 50 tahun, justeru ia mengambil masa yang agak lama untuk mengemas apatah lagi ramai antara kami yang bekerja.

“Kami berharap Anwar akan dapat membantu kami yang sekian lama ditindas dan dibuli oleh golongan penguasa elit yang rakus mengaut untung tanpa mengambil kira nasib golongan bawahan yang merupakan pemilik asal, sah dan bergeran di atas tanah tumpah darah kami ini.

“Kami yakin hanya Kerajaan Madani di bawah Anwar sahaja yang mampu menjamin keadilan dan pembelaan untuk kami semua. Kepada Allah kami berserah,” kata mereka.

Sebelum ini, Scoop telah melaporkan bahawa notis pengusiran dalam masa dua minggu itu bercanggah dengan arahan Anwar untuk menangguhkan tarikh pengusiran kepada 31 Oktober, seperti yang diberitahu Scoop menerusi setiausaha politik kepada Perdana Menteri Azman Abidin.

Apa yang berlaku hari ini adalah mengejutkan selepas penduduk sebelum ini dimaklumkan mereka mempunyai masa sehingga hujung bulan ini untuk berkemas dan berpindah.

Namun pihak berkuasa masih belum mengeluarkan notis rasmi mengenai penangguhan pengosongan itu sehingga 31 Oktober ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk di sini.

Pengusiran penduduk adalah selaras dengan Akta Pengambilan Tanah (LAA) 1960, undang-undang yang digunakan kerajaan untuk mengambil milikan rasmi tanah di kawasan bersejarah Melayu pada Jun 2021.

Ini selepas permohonan Ritzy Gloss untuk LAA diluluskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Tan Sri Annuar Musa di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pampasan yang ditawarkan oleh pemaju kepada pemilik tanah juga dikatakan tidak mencukupi.

Penggunaan Akta Tanah itu telah menjadi sasaran kemarahan sesetengah penduduk yang mendakwa kepentingan pemaju swasta telah didahulukan berbanding kebajikan penduduk.

Penduduk sebelum ini menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap perbezaan pampasan kira-kira 310 peratus yang ditawarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian berbanding penilaian swasta.

Pemilik tanah juga mendakwa bahawa masih tiada rundingan yang sepatutnya antara penduduk dan Ritzy Gloss, iaitu mesyuarat yang dijanjikan oleh Anwar apabila beliau menghentikan projek itu pada bulan Januari. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related