◉ HEADLINES

Kemalangan 6 motosikal: 3 penunggang maut, 3 parah terbabas ketika elak perlanggaran

Kesemua mangsa yang terlibat dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kemaman selepas selesai menikmati nasi lemak di Hentian Rawat & Rehat (R&R) Paka

1:00 PM MYT

 

DUNGUN – Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan enam motosikal di Kilometer 333.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), arah Kuantan dekat susur keluar Paka, 12 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Maizura Abdul Kadir berkata mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Shah Run Nizam Jaafar, 20, Muhammad Fitri Hanif Rohami, 18 dan Ahmad Osama Ramadhan Laidin, 20. Kesemuanya maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Katanya tiga penunggang motosikal yang cedera ialah Muhammad Firzani Hilman Ariffadhillah, 20, Muhammad Haziq Haikal Ismail, 17, dan Muhammad Afiq Kamal, 19, yang cedera parah di kaki kanan.

Maizura berkata kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang Muhammad Firzani dari arah Paka ke Kemaman dilanggar motosikal lain dari arah belakang sehingga menyebabkan mangsa terbalik di atas jalan.

“Sekumpulan motosikal yang datang dari arah belakang dipercayai cuba mengelak satu sama lain pada awalnya, tetapi gagal sehingga menyebabkan pelanggaran.

“Pelanggaran itu menyebabkan tiga daripada motosikal terbabit merempuh pembahagi jalan dan (mangsa) tercampak ke atas jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Maizura kesemua mangsa yang terlibat dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kemaman selepas selesai menikmati nasi lemak di Hentian Rawat & Rehat (R&R) Paka.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis meminta saksi kejadian menghubungi balai berdekatan bagi membantu siasatan. – 6 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

◉ Related