◉ HEADLINES

Benarkan pengguna tarik diri daripada perkhidmatan 5G, cadang Fahmi

Kementerian turut mengemukakan cadangan supaya caj akses tambahan penggunaan 5G dihapuskan, menjadikannya lebih mudah diakses orang ramai

2:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mencadangkan agar pengguna dibenarkan menolak menggunakan perkhidmatan 5G, memandangkan terdapat kos tambahan dikenakan pada masa ini untuk mendaftar perkhidmatan itu.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa sudah mengadakan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) berhubung saranan berkenaan.

“Permintaan supaya tiada caj tambahan dikenakan kepada sesiapa yang menggunakan 5G, (tetapi pada masa sama), antara cadangan dikemukakan kementerian ialah daripada mengadakan (prosedur), kita boleh (memberi pilihan kepada pengguna) menarik diri.

“Untuk menggunakan 5G, anda perlu mempunyai peranti yang serasi 5G. Daripada kira-kira 45 juta akaun di Malaysia, kini hanya terdapat kira-kira tujuh juta peranti sedia 5G.

“Walaupun kita mempunyai pilihan segera, tidak semua orang boleh menggunakan (perkhidmatan) 5G dengan segera,” kata Fahmi sambil menambah pakej 5G Rahmah mampu milik akan membolehkan pengguna membeli dan menggunakan perkhidmatan 5G.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas pelancaran rangkaian 5G swasta komersial pertama negara oleh Petronas.

Tambahnya, beliau berharap maklumat terkini mengenai perkara itu dapat dibentangkan dalam beberapa minggu akan datang.

Fahmi turut berseloroh bahawa isterinya enggan beralih kepada 5G kerana kos tambahan dikenakan pada Ogos, sekali gus menggambarkan kebimbangan diluahkan pengguna yang beralih daripada 4G ke 5G.

Justeru, Fahmi berkata, beliau akan bertemu dengan CEO syarikat telekomunikasi untuk membincangkan mengenai caj tambahan untuk akses 5G.

Perbincangan itu ingin diadakan susulan beberapa syarikat telekomunikasi dilapor mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan daripada RM5 hingga RM20 sebulan. – 6 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related