◉ HEADLINES

PRK DUN Pelangai: SPR umum calon BN menang dengan majoriti 2,949 undi

Amizar memperoleh 7,324, manakala calon PN, Kassim (4,375) dan Haslihelmy (47)

9:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, dengan majoriti 2,949.

Keputusan pada jam 9 malam ini, menyaksikan Amizar yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bentong itu mengetepikan calon Perikatan Nasional (PN), Kassim Samat dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Beliau memperoleh 7,324 undi, manakala Kasim (4,375) dan Haslihelmy hanya meraih 46 undi, sekali gus hilang wang deposit.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di Bentong.

Mohammad Shahid turut mengumumkan peratusan pengundi yang keluar mengundi pada hari ini adalah 72.12 peratus.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu, termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related