◉ HEADLINES

Himpunan solidariti Palestin dan pembentangan bajet 2024 berbeza waktu, tiada masalah – Fadhli

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin turut memberi jaminan bahawa himpunan berkenaan tidak akan menganggu pembentangan Bajet 2024 nanti

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Himpunan Aman Solidariti Rakyat Palestin yang bakal digerakkan oleh PAS di masjid terpilih pada Jumaat ini dijamin akan selesai sebelum pembentangan Bajet 2024 di Dewan Rakyat.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, meskipun himpunan yang diadakan itu pada hari sama namun ia dianjurkan pada waktu yang berbeza.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, tidak menjadi masalah untuk sesiapa pun menyertai himpunan itu termasuk bagi Ahli Parlimen.

“Himpunan dijadual selepas solat Jumaat di masjid terpilih, jadi ada tempoh beberapa jam sebelum pembentangan Bajet 2024 di Dewan Rakyat yang dijadual jam 4 petang.

“Jadi (soal itu) tidak akan ada masalah,” katanya kepada Scoop hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dalam satu kenyataan hari ini mengarahkan kehadiran semua ahli parti berkenaan, penyokong, pendokong serta seluruh umat Islam dalam Himpunan Soladariti Aman bersama rakyat Palestin selepas solat Jumaat di masjid terpilih pada Jumaat ini.

Namun pada tarikh sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat pada jam 4 petang.

Pertembungan program himpunan dan pembentangan bajet itu menimbulkan persoalan sama ada ahli Parlimen gabungan PN akan berada di Dewan Rakyat atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin turut memberi jaminan bahawa himpunan berkenaan tidak akan menganggu pembentangan Bajet 2024 nanti.

“Ya, tidak akan ganggu, waktu beza,” jawabnya ringkas. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related