◉ HEADLINES

Hati-hati dengan scammer ‘penunggang’ nama Palestin: Mufti Perlis

Scammer yang menjadi penunggang nama Palestin ini akan mengambil kesempatan mengumpul duit untuk diri mereka sendiri setiap kali Palestin diserang

6:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin meminta orang ramai berhati-hati dengan scammer yang mengambil kesempatan kononnya untuk mengumpul dana atas nama Palestin.

Sebaliknya, kata beliau, scammer yang menjadi penunggang nama Palestin ini akan mengambil kesempatan mengumpul duit untuk diri mereka sendiri setiap kali Palestin diserang.

“Bila Palestin diserang, ramai scammer dalam negara kita akan mengambil kesempatan mengumpul dana kononnya untuk Palestin. Padahal untuk diri mereka sendiri. Hati-hati dengan penunggang nama Palestin,’’ katanya dalam ingatan yang dibuat menerusi akaun media sosialnya.

Agensi berita WAFA melaporkan angka korban setakat ini meningkat kepada 508 orang dengan 2,800 cedera dalam serangan udara Israel sejak Sabtu di Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan Palestin ketika mengesahkan angka kematian berkenaan memaklumkan antara yang terkorban termasuk 91 kanak-kanak dan 61 wanita.

Asri turut memaklumkan pihaknya mengesyorkan supaya masjid-masjid di Perlis mengadakan bacaan Qunut Nazilah pada setiap solat fardhu lima waktu.

“Bacaan Qunut Nazilah dilaksanakan pada rakaat terakhir solat lima waktu bermula solat zohor hari ini sehingga arahan memberhentikannya dikeluarkan,’’ katanya. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related