◉ HEADLINES

LTAT mampu kurangkan kebergantungan pendapatan melalui penstrukturan Boustead: Mohamad Hasan

Sekiranya penstrukturan itu tidak dilaksanakan, Boustead tidak akan berupaya untuk melunaskan obligasi kewangan

11:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penstrukturan semula Boustead Holdings Bhd penting bagi membolehkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengurangkan kebergantungan pendapatan daripada syarikat tersebut, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata pengurangan pemegangan dalam Boustead akan memberi impak positif jangka panjang kepada LTAT yang menguruskan dana pencen untuk angkatan tentera itu.

Menurutnya, impak positif tersebut termasuklah meningkatkan kepelbagaian aset daripada hampir 50 peratus kepada 15 peratus sahaja bagi Boustead dan meningkatkan pelaburan aset mudah cair daripada hanya 20 peratus kepada sekurang-kurangnya 60 peratus.

“Ia juga termasuklah memperoleh semula jumlah pelaburan LTAT dalam Boustead sebanyak RM3.3 bilion bagi membolehkan LTAT melabur semula di dalam aset yang berdaya saing dan mampu memberi pulangan yang stabil dan konsisten serta meningkatkan nilai aset pelaburannya yang kini bernilai RM10 bilion melalui program penstrukturan semula Boustead,” katanya.

Mohamad berkata demikian dalam sesi penerangan menteri mengenai isu dan cabaran yang dihadapi LTAT di Dewan Rakyat, hari ini. 

Beliau berkata, sekiranya penstrukturan itu tidak dilaksanakan, Boustead tidak akan berupaya untuk melunaskan obligasi kewangan dan akan mencetuskan ‘cross default’ (kemungkiran silang) ke atas semua pinjaman di bawah Boustead sebanyak RM6.8 bilion.

Selain itu, katanya, Boustead juga berisiko berdepan muflis yang boleh mengakibatkan separuh daripada nilai dana persaraan LTAT iaitu hampir RM5 bilion merosot dan terhapus.

Sementara itu, mengenai cadangan Tawaran Am ke atas semua saham anak syarikat Boustead, Boustead Plantations Bhd, beliau berkata, Kementerian Kewangan bersetuju menyediakan Jaminan Kerajaan kepada LTAT bagi mendapatkan pinjaman sebanyak RM2 bilion daripada institusi kewangan untuk melaksanakan tawaran tersebut.

“Bagi memastikan Jaminan Kerajaan ini dimanfaatkan, saya akan memastikan pihak LTAT akan melaksanakan penstrukturan mengikut Pelan Strategik 2023-2025 (MAMPAN25),” katanya. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related