◉ HEADLINES

Kursus pengajian EV diperkenal di Kolej Vokasional mulai 2026

Langkah itu adalah bagi menyokong Dasar Automotif Nasional untuk memacu penggunaan EV di negara ini

12:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan bidang pengajian berkaitan EV, dikenali Teknologi Automotif Hibrid dan Kenderaan Elektrik (EV) di Kolej Vokasional (KV) Pengerang, Johor bermula 2026.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, kursus pengajian itu adalah bagi menyokong Dasar Automotif Nasional untuk memacu penggunaan EV di negara ini.

“Perancangan prabina sedang dilakukan bagi memastikan kursus bakal ditawarkan ini dapat disiapkan mengikut garis masa ditetapkan.

“Manakala, elemen Teknologi Automotif Hibrid dan Kenderaan Elektrik (EV) serta Teknologi Robotik diterapkan dalam kurikulum di 53 buah KV yang menawarkan program Teknologi Automotif yang pada ketika ini, memang berupaya meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknologi terkini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Hui Ying memaklumkan, KPM juga terus komited memastikan kebolehpasaran graduan TVET dalam industri berkaitan yang menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.

“KPM berkolaborasi dengan industri berimpak tinggi bagi mewujudkan peluang dan ruang kepada pelajar, supaya memiliki tahap keupayaan serta kebolehan tinggi, selain memenuhi permintaan industri.

“(Buktinya) Program TVET berjaya menyediakan graduan teknologi dengan kebolehpasaran tinggi.

“(Mengikut rekod) Kebolehpasaran graduan TVET pada tahun 2018 adalah sebanyak 97 peratus dan ia meningkat sebanyak 98 peratus pada tahun 2019 dan 2020, (manakala) 99 peratus pada tahun 2021,” katanya. – 11 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related