◉ HEADLINES

1MDB: SPRM serah siasatan Roger Ng kepada PDRM: Azam Baki

Siasatan PDRM (Polis Diraja Malaysia) perlu diutamakan, kemungkinan mereka ada sebarang maklumat yang lebih penting dalam kes ini

8:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan kepada polis terlebih dahulu sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan sebarang siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata SPRM buat masa ini tiada keperluan untuk memanggil Roger Ng untuk siasatan.

“Siasatan PDRM (Polis Diraja Malaysia) perlu diutamakan, kemungkinan mereka ada sebarang maklumat yang lebih penting dalam kes ini.

“Oleh itu, kami serah kepada PDRM sehingga mereka selesai menjalankan siasatan selepas itu, kami akan lihat dapatan siasatan PDRM, mungkin siasatan mereka telah banyak cover SPRM,” katanya dalam sidang media selepas Program Public Private Partnership Fasa Dua: Cabaran Bersama Integriti Dalam Menangani Jenayah di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ng yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, dibawa pulang ke Malaysia oleh pasukan khas PDRM bagi membantu siasatan pihak berkuasa negara ini, berkaitan 1MDB.

Pada 19 Dis 2018, Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs, berhubung penjualan bon 1MDB bernilai US$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Pada 9 Jan lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Roger Ng daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu, berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai US$6.5 bilion milik anak syarikat 1MDB.

Mengulas tentang siasatan kes Jasmine Loo Ai Swan berkaitan 1MDB, Azam berkata kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk diteliti keterangan dan tindakan selanjutnya.

Loo, bekas Pengarah Eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB yang dipercayai merupakan individu yang mempunyai maklumat berkenaan 1MDB, ditahan pada 7 Julai lepas bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Sementara itu, Azam dalam ucapannya pada program berkenaan berkata sesetengah pihak dilihat menjadikan institusi kewangan sebagai tempat selamat untuk menyembunyikan dana haram, berurus niaga dan menukar hasil daripada aktiviti haram.

Beliau berkata institusi kewangan sentiasa terdedah kepada penipuan dan pengubahan wang haram.

“Penjenayah semakin kreatif dalam mencari kelemahan untuk memintas Customer Due Diligence yang dilaksanakan dan mengeksploitasi pelbagai instrumen kewangan untuk menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Perbuatan sedemikian dikesan melalui kemudahan pembiayaan perdagangan, insurans, pindahan wang dan amalan rasuah,” katanya.

Azam berkata perkembangan pesat teknologi maklumat yang semakin canggih masa kini menjadikan modus operandi pelaku rasuah terus berkembang dan semakin kompleks.

Menurutnya, rasuah dan penipuan kini boleh disembunyikan melalui pelbagai lapisan rekod dan dokumentasi serta penukaran hasil haram dilakukan melalui medium baharu seperti aset maya, peniaga bawah tanah, institusi kewangan rentas sempadan serta perkhidmatan kewangan luar pesisir.

Beliau berkata peranan institusi kewangan sebagai barisan hadapan dalam memerangi rasuah dan penipuan adalah penting kerana penipuan kewangan, sogokan daripada aktiviti rasuah dan pengubahan wang haram sering menggunakan institusi kewangan. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related