◉ HEADLINES

Ahli Parlimen Kuala Kangsar isytihar sokong kepimpinan Anwar

Keputusan itu dibuat setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya

11:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

“Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, saya menyokong YAB Perdana Menteri atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Iskandar Dzulkarnain berkata beliau tidak akan meninggalkan atau mengkhianati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam apa jua keadaan atas prinsip taat dan setia kepada parti.

Biarpun mungkin berdepan risiko tindakan disiplin oleh parti, Iskandar Dzulkarnain berkata beliau tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terus terbiar dan ketinggalan hanya semata-mata kerana perbalahan naratif politik.

“Saya dengan ini mengambil keputusan untuk menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan dalam hal-hal yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini, sehingga Pilihan Raya Umum yang seterusnya,” katanya.

Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun lepas menyaksikan Iskandar Dzulkarnian menang kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan mendapat 14,380 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Maslin Sham Razman yang menerima 10,814 undi dan Dr Ahmad Termizi Ramli daripada Pakatan Harapan (10,356 undi) serta calon GTA Dr Yusmalia Mohamad Yusof (204 undi).

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu pernah menjadi setiausaha politik Menteri Besar Perak sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related