◉ HEADLINES

Pusat beli-belah, hotel selamat, ancaman bom hanya panggilan palsu: Polis Johor

Kawasan bangunan pusat beli-belah dan hotel disahkan selamat dan sudah dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Johor mengesahkan ancaman yang diterima mendakwa terdapat bom di sekitar kawasan pusat beli-belah terkenal dan hotel di Johor Bahru hanyalah panggilan palsu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan oleh unit pemusnah bom dan anjing pengesan K9 sejak 6.15 petang sehingga jam 11.50 malam tadi tidak menemui sebarang objek mecurigakan di seluruh kawasan bangunan pusat beli-belah dan hotel.

Susulan itu, katanya, kawasan tersebut disahkan selamat dan sudah dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

“Polis menerima panggilan daripada pengurusan pusat membeli belah itu pada jam 6.10 petang semalam yang memaklumkan ada menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dipercayai warga asing.

“Suspek memaklumkan telah meletakkan bom di sekitar pusat membeli belah itu dan hotel berdekatan. Sehingga jam 11.30 malam, keseluruhan kawasan bangunan sudah diperiksa dan tiada sebarang objek yang mencurigakan ditemui.

“Kawasan berkenaan selamat beroperasi seperti sediakala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis masih lagi berada di lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pada masa sama, Kamarul Zaman turut menasihati orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran dan mengganggu gugat ketenteraman awam.

Semalam, Scoop melaporkan suasana di pusat beli-belah Mid Valley Southkey di Johor Bahru, gempar seketika selepas dilaporkan menerima ancaman bom.

Susulan itu, pihak berkuasa bertindak pantas meminta pengunjung dan pekerja mengosongkan pusat beli-belah itu kira-kira jam 6.45 petang semalam.

Difahamkan, penggera amaran berbunyi pada jam 6.40 petang sebelum pengawal keselamatan dan pihak pengurusan meminta semua pekerja dan pengunjung keluar dari premis dan berkumpul di kawasan parkir terbuka di hadapan pusat beli-belah itu. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related