◉ HEADLINES

Tindakan diambil jika pamer, lekat lambang darjah kebesaran Pahang pada kenderaan: KPN

Boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1)(D) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017

2:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran berkenaan, pada kenderaan mereka.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang memberi peringatan kepada penerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang, untuk tidak berbuat demikian.

Beliau berkata tindakan mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran pada kenderaan penerima darjah itu, boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 3(1)(D) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

“Mengikut seksyen ini, tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, mempamer atau melekatkan apa-apa bahan yang mengandungi apa-apa lambang gelaran atau anugerah, atau apa-apa replika mengenainya kepada apa-apa kenderaan.

“Jika terdapat mana-mana kenderaan yang masih mempamerkan lambang darjah kebesaran negeri itu, maka tindakan akan diambil selaras dengan enakmen berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman dilapor berkata peringatan itu dibuat bagi menjunjung titah Al-Sultan Abdullah, yang kini bersemayam di Istana Negara.

Peringatan itu diberikan mengikut Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017, melibatkan gelaran atau anugerah dikurniakan Sultan Pahang. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related