◉ HEADLINES

Penduduk guna solar untuk bekalan elektrik, situasi kritikal ‘hidup dan mati’

Salah seorang penduduk menyifatkan situasi yang mereka alami ketika ini umpama kembali hidup di zaman batu

3:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Adel Shaheen yang merupakan salah seorang penduduk Gaza terpaksa menggunakan panel solar miliknya bagi membantu penduduk di situ mengecaj telefon bimbit mereka.

Adel, yang menetap di Khan Younis, berkata, penduduk Gaza yang kini dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib insan tersayang, dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakannya.

“Kami tidak mempunyai elektrik lagi dan kalau kami mahu mengecaj telefon bimbit, kami perlu tunggu hingga matahari terbit, jika tidak kami tidak akan mendapat elektrik langsung.

“Penduduk mahu mengecaj telefon untuk membolehkan mereka menghubungi keluarga,’’ katanya.

Mereka kini berdepan dengan keadaan kritikal di mana bekalan elektrik dan air di Gaza telah diputuskan oleh Israel.

Salah seorang penduduk menyifatkan situasi yang mereka alami ketika ini umpama kembali hidup di zaman batu.

Israel memberi masa sehingga Sabtu pagi kepada penduduk di utara Semenanjung Gaza untuk berpindah ke bahagian selatan, lapor The Nation.

Rejim Zionis itu memberi jaminan keselamatan kepada penduduk Palestin menggunakan dua jalan utama di situ sehingga pukul 4 petang waktu tempatan. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related