◉ HEADLINES

Bahan api untuk hidupkan janakuasa hospital di Gaza hanya bertahan kurang 12 jam

Penduduk Gaza berdepan ketiadaan bekalan elektrik sejak beberapa hari lalu sekali gus memberikan tekanan kepada perkhidmatan penting termasuk kesihatan, air dan sanitasi selain memburuk lagi soal keselamatan makanan

5:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekalan bahan api bagi menghidupkan janakuasa di semua hospital di Semenanjung Gaza dijangka hanya mampu bertahan kurang 12 jam, ketika jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat.

Menerusi laman sesawang reliefweb.int yang menyiarkan perkembangan semasa konflik Palestin-Israel di Gaza itu berdasarkan maklumat pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), jika janakuasa itu tidak boleh dihidupkan, ia akan akan menjejaskan ribuan pesakit.

Malah sejak beberapa hari lalu, penduduk di Gaza telah berdepan dengan ketiadaan bekalan elektrik sekali gus memberikan tekanan kepada perkhidmatan penting termasuk kesihatan, air dan sanitasi selain memburuk lagi soal keselamatan makanan.

“Penduduk Gaza mempunyai akses yang sangat terhad kepada air bersih. Sebagai pilihan terakhir, orang ramai terpaksa mengambil air dari telaga pertanian hingga mencetuskan kebimbangan serius tentang penyebaran penyakit bawaan air,” katanya.

Selain itu laporan itu turut memaklumkan, perpindahan besar-besaran penduduk dari utara ke selatan Semenanjung Gaza berterusan sejak pagi Jumaat selepas Israel mengarahkan penduduk mengosongkan kawasan itu dalam masa 24 jam.

Dalam pada itu, agensi berita WAFA melaporkan lebih 50 orang terbunuh, dengan kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak, awal pagi ini dalam serangan udara Israel yang mensasarkan kawasan perumahan di Semenanjung Gaza.

Manakala Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan angka korban sejak serangan Israel pada 7 Oktober lalu telah di Gaza dan Tebing Barat telah mencecah 2,808 dengan bilangan yang cedera meningkat kepada 10,950 orang. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related