◉ HEADLINES

Pukul budak perempuan 12 tahun, dua remaja ditahan

Penahanan itu susulan laporan polis diterima daripada ibu mangsa pada 14 Oktober, kira-kira jam 10.33 malam

6:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua remaja perempuan berumur 13 dan 16 tahun, ditahan polis hari ini kerana dikatakan memukul dan mendatangkan kecederaan ke atas seorang pelajar bawah umur, dalam kejadian di Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, penahanan itu susulan laporan polis diterima daripada ibu mangsa pada 14 Oktober, jam kira-kira 10.33 malam.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Samarahan, menjalankan tangkapan terhadap dua suspek terbabit.

“Pada 16 Oktober (hari ini), pihak polis terkesan satu posting (hantaran) berdurasi 1 minit 34 saat dimuatnaik di media sosial, memaparkan seorang mangsa perempuan berumur 12 tahun dipukul dua suspek perempuan di sebuah perkampungan di Aasajaya, Kota Samarahan.

“Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Samarahan, menjalankan tangkapan terhadap dua suspek terlibat, iaitu lingkungan umur di antara 13 tahun hingga 16 tahun.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Manakala, katanya, bagi Seksyen 506 Kanun Kesekesaan, iaitu ugutan jenayah, ia memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Brodie berkata, kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan Sarawak untuk arahan selanjutnya.

“Masyarakat awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan apa-apa komen di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran,” katanya. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related