◉ HEADLINES

Mesir setuju buka lintasan Rafah ke Gaza, bantuan disalur selepas baik pulih jalan

Biden tidak memberikan tempoh masa untuk pembukaan lintasan sempadan itu tetapi jurucakap Rumah Putih, John Kirby berkata, ia akan berlaku dalam beberapa hari akan datang

1:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi bersetuju membuka lintasan Rafah ke Gaza bagi membenarkan kemasukan kumpulan pertama kira-kira 20 trak bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak itu, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Mesir mengesahkan presidennya dan Biden bersetuju untuk menyalurkan bantuan ke Gaza ‘dengan cara yang mampan’.

Biden tidak memberikan tempoh masa untuk pembukaan lintasan sempadan itu tetapi jurucakap Rumah Putih, John Kirby berkata, ia akan berlaku dalam beberapa hari akan datang selepas baik pulih jalan yang rosak.

Bagaimanapun, Biden berkata, sekiranya Hamas merampas atau tidak membenarkan bantuan diberikan, maka segalanya akan berakhir dan kebajikan rakyat Palestin tidak akan diberi perhatian.

Katanya, penghantaran itu mungkin tidak akan dilakukan sehingga Jumaat ini kerana jalan di lintasan Rafah memerlukan pembaikan.

“20 trak pertama akan menjadi ujian kepada sistem pengagihan bantuan tanpa membenarkan pejuang Hamas yang mengawal Gaza mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata, pengagihan bantuan itu akan berada dibawah pengawasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Walaupun perjanjian untuk membenarkan bantuan melalui lintasan Rafah adalah satu kejayaan, PBB dan agensi bantuan lain memberi amaran bahawa bantuan itu masih belum mencukupi.

Seramai 2.3 juta penduduk Gaza yang terperangkap di wilayah bergolak itu kini berdepan risiko kematian disebabkan dehidrasi, kelaparan, penyakit dan kecederaan akibat pengeboman.

Pertubuhan kemanusiaan kini giat mengumpul bekalan bantuan di sempadan Mesir dan hanya menunggu lintasan Rafah dibuka.

Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, Martin Griffiths memaklumkan, organisasi itu memerlukan sejumlah besar bantuan ke Gaza dianggarkan 100 trak sehari.

Jumlah sama pernah disalurkan sebelum pergolakan bermula susulan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Restoring Pagar Tras’ legacy: Malaysia’s ‘Notre Dame’ in the jungle

Today, the ruins struggle to tell the story of a bygone era and honour the legacy and sacrifices of French missionaries and Catholic migrants who built their lives around it

Banned Rodrigo Holgado eyes JDT move if FIFA suspension is overturned

Malaysian international Rodrigo Holgado could join Johor Darul Ta'zim (JDT) if the Court of Arbitration for Sport (CAS) rules in his favour, potentially ending his FIFA-imposed suspension and opening a new chapter in his professional career

◉ Related