◉ HEADLINES

PDRM pantau 7 kumpulan ajaran sesat berpotensi ancam keselamatan

Bagi usaha itu, PDRM bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan serta jabatan agama Islam negeri untuk menjalankan siasatan bersepadu

5:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau rapi tujuh kumpulan ajaran sesat yang berisiko mendatangkan ancaman terhadap keselamatan masyarakat dan agama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi sekiranya terdapat penganut atau pengamal ajaran sesat itu, dikesan membuat sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

Menurutnya, tindakan juga akan diambil sekiranya pihak terbabit bertindak sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan yang boleh memudaratkan tahap keselamatan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi di bawah peruntukan kanun keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ini diambil, demi ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kumpulan itu adalah Tarekat Habib Shah, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (Dpein), Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (Pmyt), Millah Abraham@Ibrahim (Ma), Suhaini@Sihulk, Nur Mutiara Mutmainnah (NMM) dan The Ahmadi Religion of Peace and Light.

Razarudin menegaskan, PDRM memandang serius penyebaran ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.

Katanya, pemantauan rapi dijalankan dalam perkara itu bagi memastikan tiada penganut atau pengamal ajaran sesat yang melangkaui garisan keselamatan.

“Dalam perkara ini, PDRM bekerjasama erat menjalankan siasatan bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan serta jabatan agama Islam negeri.

“Usaha ini juga bagi membendung kegiatan ajaran sesat dan fahaman terpesong daripada disebarkan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Selain itu, Razarudin berkata, sepanjang tahun 2022-2023, 51 laporan polis direkodkan berhubung aktiviti kumpulan ajaran sesat atau penyelewengan.

“Bagi tempoh terbabit, 23 tangkapan sudah dibuat PDRM dan agensi berkaitan ke atas pemimpin atau pengikut kumpulan ajaran sesat atau menyeleweng.

“Jumlah tangkapan ini membabitkan Tarekat Habib Shah, iaitu 20 tangkapan dan masing-masing satu tangkapan bagi ajaran ilmu akhir zaman, NMM dan Suhaini @ Sihulk,” katanya. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related