◉ HEADLINES

PRK DUN Jepak bermula hari ini

Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam hingga 10 pagi

8:44 AM MYT

 

BINTULU – Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di Dewan Suarah di sini dibuka pada 9 pagi ini.

Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam hingga 10 pagi sebelum calon-calon yang layak bertanding diumum Pegawai Pengurus PRK DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey.

PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip,72, dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada 15 Sept lepas. 

Pada Pilihan Raya Negeri 2021, Allahyarham Talib memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi untuk PRK DUN Jepak adalah pada 4 Nov ini, manakala 31 Okt sebagai tarikh pengundian awal. 

Bagaimanapun semalam, Abang Zainuddin memaklumkan tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 31 Okt ini kerana kesemua 43 pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis akan menggunakan sistem undi pos.

Rabu lepas, GPS mengumumkan bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak Iskandar Turkee sebagai calon mereka.

Sebelum itu, dua parti pembangkang tempatan Sarawak sudah menamakan calon masing-masing bagi mencabar GPS, selain desas-desus mengenai penyertaan beberapa calon Bebas dalam PRK itu.

Sementara itu, Perikatan Nasional membuat ketetapan tidak meletakkan calon untuk bertanding pada PRK DUN Jepak, kerana ingin memberi tumpuan mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada PRK yang akan diadakan pada 2 Dis depan.

PKR Sarawak juga mengambil tindakan sama untuk tidak meletakkan calon di PRK DUN Jepak, demi menjaga keharmonian Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

PRK DUN Jepak mempunyai sebanyak 22,804 pengundi berdaftar dengan majoritinya terdiri daripada etnik Melayu/Melanau. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related