◉ HEADLINES

Hentikan segera serangan di Gaza: PM

Anwar kesal kerana negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah, seolah-olah ‘tidak mempunyai masa’ untuk menghentikan kezaliman, penindasan serta pembunuhan terhadap rakyat Palestin di Gaza

8:49 AM MYT

 

KAHERAH – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara utama perlu dilakukan semua pihak, termasuk kuasa besar bagi meredakan sementara konflik yang meruncing di Gaza ketika ini adalah menghentikan serangan di kawasan itu.

Perdana Menteri berkata, pembunuhan kanak-kanak, wanita dan rakyat Palestin yang tidak berdosa di Gaza mesti dihentikan.

“Malaysia bukanlah negara besar, bukan negara Arab, bukan negara Teluk yang berjiran dengan Palestin.

“Tetapi kita bertanggungjawab menyuarakan hati nurani umat dan rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan diaspora dan pelajar Malaysia di Mesir di sini, malam tadi.

Majlis dihadiri kira-kira 1,200 rakyat Malaysia itu turut dihadiri antaranya Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan; Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail serta pegawai kedutaan Malaysia di Kaherah.

Katanya, beliau juga kesal kerana negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah, seolah-olah ‘tidak mempunyai masa’ untuk menghentikan kezaliman, penindasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin di Gaza, selain bersikap dingin terhadap usaha penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menegaskan, beliau memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tanggungjawabnya membanteras gejala rasuah di negara ini.

Ketika menjawab pertanyaan diaspora pada acara itu, Anwar berkata, beliau yakin gejala rasuah di negara ini boleh diatasi dengan sokongan semua pihak, termasuk pemimpin tertinggi negara tidak terkecuali Perdana Menteri yang perlu mengelak menggunakan kedudukan untuk mengumpul kekayaan.

Anwar kini berada di Kaherah dalam lawatan kerja dua hari ke Mesir dan hari ini, beliau dijadual menghadap Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al Ittihadiya.

Malah, Perdana Menteri dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, sebelum pulang ke Kuala Lumpur. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related