◉ HEADLINES

PKR buat 4 laporan polis berkait klip video fitnah kaitkan isteri Perdana Menteri dengan Israel

Laporan dibuat terhadap empat pemilik akaun media sosial yang didakwa menyunting gambar Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu untuk dijadikan klip video dan dimuatnaik ke media sosial

8:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat laporan polis dibuat ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini terhadap beberapa pemilik akaun media sosial yang didakwa memfitnah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan mengaitkannya dengan Israel.

Masing-masing tiga laporan polis dibuat PKR Bandar Tun Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan satu lagi oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) di IPD Dang Wangi.

Ketua Wanita PKR Bandar Tun Razak, Jamilah Syed Mohamad berkata, laporan dibuat terhadap empat pemilik akaun media sosial yang didakwa menyunting gambar Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu untuk dijadikan klip video dan dimuatnaik ke media sosial.

“Kami membuat laporan supaya pihak berkuasa dapat membuat siasatan lebih lanjut serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit.

“Gambar Wan Azizah bersama isteri pemimpin dunia, presiden dan Perdana Menteri di satu majlis telah disunting dan diviralkan di sosial media. Ini jelas satu bentuk fitnah dan berniat jahat untuk merosakkan reputasi isteri Perdana Menteri,” katanya selepas membuat laporan polis hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-Undang AMK, Asheeq Ali berkata, laporan dibuat terhadap tiga akaun media sosial dengan dua darinya memuat naik video yang kemudian diviralkan dan mendakwa Wan Azizah terlibat dalam perjumpaan bersama isteri pemimpin Israel.

Beliau berkata, terdapat juga satu komen dibuat pengguna Facebook yang berunsur ugutan bunuh dan mengancam nyawa isteri Perdana Menteri.

“Sedangkan faktanya itu adalah hanya gambar daripada satu majlis dianjurkan isteri Presiden Amerika Syarikat (AS), Jill Biden ketika lawatan kerja Perdana Menteri ke AS sebelum ini.

“Saya harap siasatan menyeluruh dapat dilakukan dan tindakan segera dapat dilakukan terhadap kes terbabit,” katanya. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related