◉ HEADLINES

Kamu salah pilih orang, jangan ancam Malaysia, kita ada hak: PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tetap dengan pendirian untuk menyokong Palestin dan akan terus mempertahankan nasib rakyat negara berkenaan

11:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menerima banyak ugutan dan teguran daripada pihak serta negara yang menyokong Israel dalam konflik dengan Palestin.

Anwar berkata, bagaimanapun, Malaysia tetap dengan pendirian untuk menyokong Palestin dan akan terus mempertahankan nasib rakyat negara berkenaan.

Katanya, selagi beliau diberi mandat sebagai Perdana Menteri di samping sokongan padu seluruh rakyat Malaysia, ia akan terus diberikan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena di sini yang dipenuhi lebih 10,000 hadirin – Abdul Razak Latif/Scoop, 24 Oktober, 2023

“Saya terima banyak teguran, ugutan, saya sebut kamu salah pilih orang.

“Saya tegaskan, Malaysia negara bebas merdeka akan kekal berdaulat dan perjuangkan hak serta kebebasan rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena di sini yang dipenuhi lebih 10,000 hadirin.

Terdahulu, Stadium Axiata Arena hari ini bertukar menjadi ‘lautan putih’ apabila rakyat Malaysia pelbagai latar belakang yang memakai pakaian warna putih hadir ke perhimpunan berkenaan.

Di samping sebagai tanda solidariti terhadap kesengsaraan penduduk Palestin yang diserang bertalu-talu Zionis Israel, perhimpunan itu bertujuan mendesak peperangan di Palestin serta kekejaman terhadap penduduk Gaza dihentikan segera.

Anwar juga mengingatkan pihak terbabit untuk tidak mengancam Malaysia kerana negara ini mempunyai hak kedaulatan dan sebuah negara merdeka.

Stadium Axiata Arena hari ini bertukar menjadi ‘lautan putih’ apabila rakyat Malaysia pelbagai latar belakang yang memakai pakaian warna putih hadir ke perhimpunan berkenaan – Abdul Razak Latif/Scoop, 24 Oktober, 2023

“Saya dikritik dan diserang kalangan pihak di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, selagi saya diberi mandat oleh rakyat saya tidak terima ugutan itu.

“Kita lawan apa yang benar, kita faham kepentingan kebebasan, jangan ancam Malaysia, kita ada hak untuk meluahkan pandangan kita,” katanya.

Menurutnya, masa depan bagi rakyat Palestin di Gaza sangat malap, berikutan kemungkinan tentera Israel akan terus menceroboh Gaza.

“Namun kita yakin dengan pertolongan Allah dan harus terima kenyataan, keadaan sekarang akan parah bagi rakyat Palestin kerana keangkuhan serta kezaliman Israel yang didukung negara terbabit,” katanya.

Walaupun Malaysia terletak jauh dari Palestin, rakyat di sini cukup prihatin dengan konflik melanda demi erti kemanusiaan – Abdul Razak Latif/Scoop, 24 Oktober, 2023

Dalam pada itu, Anwar mengkritik sikap berat sebelah AS yang hanya mengecam Rusia berhubung isu Ukraine, tetapi menyokong Israel menceroboh Palestin.

“Tetapi Israel langgar (ceroboh) Palestin, mereka (AS) diam. Ini hukum apa? Ini hukum rimba,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, pada pertemuannya dengan kebanyakan pemimpin negara Islam baru-baru ini, mereka mengakui konflik Palestin bukan isu mudah dan tidak menolak ia sukar ditangani.

Mengulas mengenai sikap rakyat Malaysia pelbagai kaum untuk bersolidariti mempertahankan rakyat Palestin dan mengecam kezaliman rejim Israel, Anwar memuji semangat ditunjukkan mereka.

Perdana Menteri berkata, pada pertemuannya dengan kebanyakan pemimpin negara Islam baru-baru ini, mereka mengakui konflik Palestin bukan isu mudah dan tidak menolak ia sukar ditangani – Abdul Razak Latif/Scoop, 24 Oktober, 2023

Ujarnya, walaupun Malaysia terletak jauh dari negara berkenaan, rakyat di sini cukup prihatin dengan konflik melanda demi erti kemanusiaan.

“Hebat rakyat Malaysia memang hebat kerana tegas pertahankan rakyat Palestin, memang kita jauh dari dunia Arab, dunia Palestin tapi setiap detik yang berlaku menyentuh hati nurani kita.

“Kerana kita tahu dan faham erti manusiawi erti ihsan dan erti keadilan melawan kezaliman Israel,” katanya – 24 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related