◉ HEADLINES

Taman Perindustrian Jaya di Ara Damansara ditutup akibat kebocoran gas ammonia

Setakat ini tiada sesiapa yang terkesan dengan kebocoran gas ammonia: Polis

5:47 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Kawasan sekitar Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, Petaling Jaya, telah ditutup kepada orang awam susulan kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kawasan yang mempunyai keluasan kira-kira 400 meter persegi itu ditutup kepada orang awam ekoran bacaan indeks pencemaran sebanyak 200 partical per sejuta (ppm).

“Kita menerima panggilan MERS 999 pada 10.17 malam tadi dan bergegas ke tempat kejadian serta dibantu 27 anggota bomba.

“ Sehingga kini, tiada sesiapa yang terkesan dengan kejadian itu dan penduduk berdekatan yang terhidu bau gas serta mengalami simptom pening dan muntah perlu memaklumkan segera kepada polis untuk rawatan di hospital,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, di dalam sosial media penduduk di kawasan sekitar meluahkan rasa terkejut dan mendakwa mendengar bunyi siren yang kuat (bomba dan polis) di kawasan berkenaan.

Ada antara penduduk di situ yang meninggalkan rumah kerana tidak tahan bau busuk gas yang bocor malam tadi.

Malah ada juga yang bertanya status terkini di kawasan tersebut dan melahirkan kebimbangan dengan situasi yang berlaku. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related