◉ HEADLINES

Anwar terima kunjungan hormat Jusuf Kalla

Mereka membincangkan beberapa perkara, termasuk isu Palestin serta kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam di rantau Melayu

8:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla bersama isterinya, Mufidah Kalla di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

Perdana Menteri berkata, mereka membincangkan mengenai perkembangan berkaitan isu Palestin yang turut menjadi perhatian dan sangat mengesankan Jusuf.

Katanya, kesempatan itu turut digunakan bagi menyentuh kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam yang sederhana di rantau Melayu melalui aktiviti ilmu serta keagamaan.

“Ia juga seiring dengan peranan semasa Bapak Jusuf Kalla sebagai Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI).

“Semoga pertemuan ini akan meneruskan lagi legasi panjang Bapak Jusuf Kalla yang sinonim dengan hubungan istimewa Malaysia dan Indonesia, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut berkongsi beberapa gambar memaparkan pertemuannya bersama Jusuf yang diiringi beberapa individu daripada kedua-dua pihak.

Turut hadir, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik serta delegasi dari Indonesia. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related