◉ HEADLINES

Sejarah akan menghukum dunia jika gencatan senjata tidak dilaksanakan di Gaza: Ketua UNRWA

UNRWA turut kehilangan 35 petugasnya, kebanyakannya terbunuh semasa berada di rumah bersama keluarga mereka

9:50 PM MYT

 

RAMALLAH – Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini mengeluarkan amaran keras bahawa sejarah akan menghukum masyarakat dunia jika gencatan senjata tidak dilaksanakan di Gaza.

Dalam kenyataan akhbar, Lazzarini menekankan pentingnya orang ramai dilindungi tanpa mengira lokasi mereka, dan menunjukkan situasi krisis kemanusiaan yang teruk di Semenanjung Gaza sejak dua minggu lepas, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Kini hampir dua minggu imej tragedi manusia yang menyayat hati berlaku di Gaza. Wanita, kanak-kanak dan warga tua terbunuh, hospital dan sekolah dibom – tiada siapa yang terselamat,” kata Lazzarini.

Beliau berkata UNRWA turut kehilangan 35 petugasnya, kebanyakannya terbunuh semasa berada di rumah bersama keluarga mereka.

Lazzarini berkata tentera pendudukan Israel memberi amaran kepada rakyat Palestin di Gaza supaya berpindah ke bahagian selatan Semenanjung Gaza ketika ia mengebom utara, namun serangan berterusan masih berlaku di selatan sehinggakan tiada tempat selamat lagi di Gaza.

Beliau berkata 2.2 juta rakyat Palestin terperangkap dalam lingkungan 365 kilometer persegi yang diibaratkan sebagai penjara terbuka yang besar sejak 15 tahun lalu dengan kawalan dan sekatan udara, laut dan darat yang mengehadkan pergerakan penduduknya.

Menurut beliau, walaupun rundingan peringkat tertinggi dilakukan baru-baru ini bagi membenarkan bekalan kemanusiaan dibawa masuk ke Gaza, usaha itu tidak mencukupi untuk manangani krisis kemanusiaan yang sangat teruk ini.

Beliau berkata bekalan mendesak seperti bahan api, dinafikan kepada Gaza, dan tanpa bahan api, bantuan kemanusiaan tidak dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan, selain tiada bekalan elektrik untuk hospital, air bersih, dan makanan penduduk. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related