◉ HEADLINES

‘Rolex untuk Palestin’ milik bekas Mufti kini kepunyaan ‘Hamba Allah’ pada harga RM135,000

7:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jam tangan Rolex milik mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang telah dilelong sebelum ini, kini menjadi milik seorang pembida dari Pasir Gudang, Johor, yang membida pada harga RM135,000.

Pembida berkenaan yang menamakan dirinya sebagai ‘Hamba Allah’ membuat bidaan terbabit pada tujuh minit sebelum bidaan ditutup pada tengah malam.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Zulkifli, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menerusi hantaran di platform X.

Jam Rolex dibida Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berjaya menerima nilai tertinggi RM135,000. – Gambar Facebook Zulkifli, 2 November, 2023

Tambahnya, pembida itu membuat bidaan berkenaan kerana jam Rolex itu adalah derma kurniaan Raja Arab Saudi dan demi Palestin.

Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyerahkan jam tangan Rolex kepada pembida yang berjaya membida sebanyak RM135,000. – Gambar dari X, 2 November, 2023

“Seutas Rolex untuk Palestin bertukar pemilik Alhamdulillah, telah sempurna penyerahan jam Rolex saya yang merupakan derma kurnia Raja Arab Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz Alsaud hafizahullahu ta’ala kepada pemilik baharunya, seorang “Hamba Allah” daripada Pasir Gudang, Johor.

“Saya tanya kepada beliau, “Mengapa terdetik untuk membida dengan nilai RM135,000 pada 7 minit terakhir sebelum ditutup pada jam 12 tengah malam semalam?” Pembida ini sebak dan kemudiannya menangis. Jawapannya kerana ia adalah derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, dan demi Palestin,” katanya.

Zulkifli membuka bidaan itu beberapa hari lalu pada harga RM40,000 dengan kenaikan bermula RM100 ke atas, bertujuan menyumbangkan hasil tawaran terbabit untuk Palestin

Zulkifli turut memberitahu, beliau kini dalam perjalanan ke Abu Dhabi untuk menghadiri mesyuarat tahunan bersama Syeikhul Azhar dan akan singgah ke Jordan untuk menyerahkan sendiri RM100,000 kepada pelarian Palesti di Amman, Palestin, menerusi Muslim Care Malaysia.

“Baki RM35,000 akan diserahkan bermula esok (hari ini) kepada lapan badan bukan kerajaan (NGO) terpilih iaitu MERCY Malaysia, Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aqsa Syarif, PAS Relief, MAPIM, Aman Palestin dan MyFundAction.

“Sehingga saat ini, Palestin masih berdarah. Terbaharu saya terima info, kem pelarian Palestin di Jabalia pula dibom tentera Zionis Israel. Semoga ini menjadi sejuzuk kecil saksi pengorbanan kecil kami untuk Palestin,” katanya. – 2 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related