◉ HEADLINES

Bekas ketua pendakwaan Zahid, Raja Rozela bersara kuatkuasa 1 November

Beliau mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April lalu dan permohonannya diluluskan berkuatkuasa 1 November

6:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersara secara rasmi berkuatkuasa 1 November.

Raja Rozela menjawat jawatan sebagai pengarah Unit Litigasi Khas, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara. Beliau bersara selepas dua bulan bercuti.

Pengumuman persaraan itu dimuat naik oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Jalsoa) menerusi hantaran di Facebook Jalsoa.

“Presiden, Jawatankuasa Eksekutif JALSOA dan anggota-anggota JALSOA mengucapkan selamat bersara kepada YM Dato’ yang berkuat kuasa pada 1 November 2023.

“Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada YM Dato’ atas segala pengorbanan, sumbangan, jasa dan keringat yang telah dicurahkan oleh YM Dato’ sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, khususnya kepada Judicial and Legal Service Officers’ Association (JALSOA).

“Segala sumbangan yang diberikan oleh YM Dato’ akan kami kenang sepanjang hayat,’’ kata jawatankuasa berkenaan.

Raja Rozela telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April lalu dan permohonannya diluluskan berkuatkuasa 1 November. – 2 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related