◉ HEADLINES

Sistem RFID, MyDigital antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa, selepas diluluskan di peringkat dasar Khamis lalu dengan lebih suara bersetuju.

9:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Memasuki minggu kelima, persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain bakal membincangkan hala tuju kerajaan berhubung sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) di semua lebuh raya.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu dikemukakan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Beliau juga ingin tahu usaha kementerian berkenaan bagi menambah baik sistem kutipan tol untuk kelancaran pengguna lebuh raya pada sesi soal jawab.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) pula meminta Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menyatakan langkah diambil bagi menangani isu ketidakpadanan kemahiran yang dikenal pasti sebagai faktor utama, menghalang keupayaan sumber tenaga kerja untuk beralih kepada negara berpendapatan tinggi.

Pada sesi sama, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mahu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan status pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).

Selesai sesi itu, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa, selepas diluluskan di peringkat dasar Khamis lalu dengan lebih suara bersetuju.

Takwin Parlimen memaklumkan, perbahasan rang undang-undang di peringkat jawatankuasa itu akan berlangsung selama 12 hari hingga 27 November depan. 

Bajet 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 13 Oktober lalu, membabitkan peruntukan RM393.8 bilion, iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia. 

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari mulai 9 Oktober lalu. – 6 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related