◉ HEADLINES

KKD tidak rancang kawal selia TikTok Shop tapi…: Fahmi

Beliau juga memaklumkan akan bertemu pengurusan TikTok esok bagi membincangkan kesinambungan pertemuan mereka sebelum ini

6:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tiada perancangan bagi mengawal selia TikTok Shop, sebaliknya sedang meneliti untuk mendaftarkan platform media sosial dalam talian.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau akan bertemu pengurusan TikTok esok bagi membincangkan kesinambungan pertemuan mereka sebelum ini.

“Sekarang kami tidak mempunyai rancangan untuk mengawal selia kedai TikTok (TikTok Shop) di bahagian e-dagang. 

“Selaras dengan pengumuman untuk mengaplikasikan cukai minimum global (global minimum tax), beberapa (perkara) yang kami kaji adalah kemungkinan mendaftar platform media sosial dalam talian. 

“Bukan sahaja TikTok tetapi platform media sosial lain juga tetapi saya tidak mampu lagi menyatakan yang mana satu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media ketika ditemui pada majlis pelancaran penerbitan semula akhbar The Sun di sini, hari ini. 

Fahmi berkata, pihaknya masih dalam peringkat kajian dan penelitian menyeluruh sebelum memberikan sebarang kata putus berhubung terbabit. 

“Kami (dalam peringkat) cuba memahami dari sudut penggubalan dasar, ekosistem dan bercakap lebih lanjut sebelum membuat pengumuman komprehensif,” katanya. 

Terdahulu, Fahmi dilaporkan berkata, Malaysia belum memutuskan mengambil langkah sama seperti Indonesia untuk mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok Shop.

Sebaliknya, beliau memaklumkan, kementeriannya akan meneliti lebih mendalam sebelum mengambil sebarang keputusan. 

Katanya, KKD sudah meminta beberapa maklumat daripada TikTok Shop untuk memahami situasi sepenuhnya berkenaan penetapan harga, kedaulatan dan perkongsian data, selain beberapa isu membabitkan platform berkenaan. – 8 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related