◉ HEADLINES

Bangunan resort dalam pembinaan di Pulau Perhentian runtuh, 4 pekerja dikhuatiri tertimbus

Empat lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian untuk menerima rawatan

10:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat pekerja pembinaan warga Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan dalam pembinaan di sebuah resort di Pulau Perhentian, Kuala Besut, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPM) Terengganu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.34 pagi tadi.

“Sewaktu kejadian, kesemua mangsa bersama empat rakan sekerja lain yang kesemuanya warga Myanmar sedang berada di tapak pembinaan tersebut.

“Bangunan resort yang sedang dalam pembinaan itu tiba-tiba runtuh lalu menimbusi empat mangsa terbabit,” katanya.

Menurutnya lagi, empat lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian untuk menerima rawatan.

“Manakala empat lagi dikhuatiri tertimbus  di bawah runtuhan tersebut,” katanya.

Katanya lagi, operasi untuk mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan ketika ini. – 9 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related